Jangan Tanya kenapa..Jangan Persoalkan-NYA
Dalam kehidupan kita tidak semestinya setiap persoalan tu akan ada jawapan..
kalau x percaya cuba jawab soalan saya ni ye..:
1) Bilakah anda dijadikan..?
2) Apakah nombor sebelum nombor kosong..?
3) Berapa jumlah udara yang anda sedut setiap minit?
4) Berapa butir nasikah yang anda makan dalam sebulan?
5) Bagaimanakah pelangi boleh mempunyai pelbagai warna?
Ha, ce jawab sikit..
mesti ternganga kan..? x pon tergaru-garu kepala nak jwb soalan x masuk akal kat atas ni kan..
macam tu la jugak bila ada org tny kenalan/ kawan/teman/sahabat die..'kenapa awk suka kawan dgn saya?'
x pon..'kenapa awk nak kawen dgn saya?'..mau tersipu-sipu org yang nak menjawab soalan tu..lain la kalo org tu jenis x kisah pon..die jawab jew...haha
Sunday, 21 December 2014
Friday, 3 October 2014
..Apa sebenarnya yang kita PERLU..
Hidup ini ukanlah diukur dengan waktu hidup,tetapi diukur dengan amal ketika kita hidup..
jadi marilah kita renungkan ape yang kita perlu ketika ini.
Berbuat baik meskipun orang lain tidak melihat atau menafikannya..ingat...sesungguhnya segala kebaikan itu akan dicatat oleh Malaikat dan dilihat oleh Allah SWT..jadi abaikan kata-kata cemburu manusia lain yang sememangnya x kan pernah diam.
kecantikan batin akan mengindahkan lagi kecantikan lahir, tetapi kecantikan lahir mungkin akan mencacatkan kecantikkan batin..kerana kecantikan lahir tidak beerti tanpa kecantikkan batin..*renungkanlah
arghh..kadang- kadang melegakan, kadang-kadang menyakitkan hati. Banyak yang duka daripada suka..penuh dengan bermuka-muka mendekat bila melihat kita senang tapi menjauh bila melihat kita susah. Selalu bersama-sama semata untuk kepentingan diri. Rasa kecewa, marah, putus asa, terkilan semua perasaan negative ini akan bertamu tanpa di undang bila denganmu 'kawan'.
SAHABAT
erm.. insan ini akan sentiasa meluangkan masa untuk kita walaupun kadang-kadang terpaksa berkorban perasaan.
Tidak kenal erti mengalah, putus asa walaupu n beribu saat dirinya disisihkan..semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat ALLAH S.W.T
KEKASIH
seseorang yang kita fikir dapat melengkapkapkan hidup kita dikala sunyi, dikala kesepian..sanggup mengambil berat tentang kita walaupun tanpa dipinta..tapi pernahkah kita terfikir samada orang itu adalah keaksih kita yag betol yang tepat??
Cintailah yang SATU, ESA, AGUNG itu adalah cinta yang termulia dan yang terindah. DIA tidak akan pernah meninggalkan kita walau sesaat pon..sentiasa ada dikala kita meminta..sentiasa disisi dikala kita memerlukan teman..TEMAN SEJATI..
Don't be sad..ALLAH know
Sunday, 21 September 2014
formatlah HATI,MINDA,dan JIWA..'wink ^_^
Jom Aktifkan minda Separa Sedar
Tahukah kita bahawa ALLAH SWT telah menganugerahkan kita 2 bentuk minda iaitu
Minda Sedar
Minda Separa Sedar
Minda sedar adalah minda dimana kita sedar akan sesuatu keadaan contohnya seperti kita sedang mandi, sedang melipat baju dan sedang makan aiskrim. Minda kita tahu akan perkara yang kita sedang lakukan.
Manakala Minda Separa Sedar (MSS) pula akan melaksanakan tugas sebagaimana yang disampaikan oleh minda sedar (isyarat dari organ deria yang dihantar kepada mata).MSS secara automatik dengan izin ALLAH akan menjana pelbagai idea demi merealisasikan apa yang telah disampaikan oleh minda sedar. Jasad pula kana bertindak bagi melaksanakan perkara yang disampaikan oleh minda separa sedar.
Dalam Konteks melahirkan perasaan mudah amal ibadah harian,
menjadi matlamat kita agar minda separa sedar dapat menimbulkan perasaan mudah
amal sekaligus menjadikan kita seorang yang rajin beribadat.
Macam mana kita mahu mengaktifkan MSS ini..??
ha di bawah antara cara-caranya..
- Berdoa : Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH kerana perkara ini berkaitan dengan roh dan hati. Berdoalah supaya ALLAH sentiasa permudahkan doa kita dan melahirkan perasaan mudah beramal ibadah dalam diri kita sendiri.
- Bayangan Minda : Pada bila-bila masa sahaja cuba lakukan bayangan minda yang kita menjadi seorang yang sentiasa melakukan perkara yang disukai oleh ALLAH sahaja. inshaALLAH minda kita akan percaya dengan apa yang kita buat dan sekaligus meransang MSS kita untuk membuat kebaikan.
- Menulis dan lakukannya!! : cara yang lain pula adalah menulis. Dengan menulis perkara yang kita mahu, kita akan sentiasa ada perasaan ingin melakukan perkara tersebut dan sedikit sebanyak ia akan mendorong kita untuk terus berusaha. Tulis perkara tersebut ditempat yang biasa kita pandang contohnya sebelah cermin dan di pintu bilik. Sebagai penolong dan pengingat kita untuk melakukan kebaikan juga..^_^
- Latihan baca : apa yang kita tulis tadi tu jangan dipandang sahaja tau..tapi sebaiknya kita baca setiap kali kita pandang..untuk mengingatkan kita akan ibadah yang kita sangat-sangat ingin laksanakan. Moga-moga dengan cara ini InshaALLAH semuanya yang kita harapkan akan berjalan dengan lancar.
Hal ini akan merangsang dan secara sengaja membantu otak kita merapatkan jurang antara realiti sekarang. Barangkali ada amalan atau ibadah yang jarang kita lakukan tapi kita amat berharap untuk melakukannya.
disini sahaja untuk kali ini..wassalam..^_^
Saturday, 20 September 2014
Suratul Al Kahfi dan Kelebihannya
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”(HR Muslim 809)
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah.
Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut. http://www.quranflash.com/books/Medina1/?en
sila klik ini untuk melihat dan membaca surah Al-Kahfi dan lain-lain surah..^_^
AKU MALU...-feeling incomplete
" AKU MALU "
Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah menyapu air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Subscribe to:
Posts (Atom)