Sunday, 21 September 2014

formatlah HATI,MINDA,dan JIWA..'wink ^_^


Jom Aktifkan minda Separa Sedar

Tahukah kita bahawa ALLAH SWT telah menganugerahkan kita 2 bentuk minda iaitu
 Minda Sedar
 Minda Separa Sedar

Minda sedar adalah minda dimana kita sedar akan sesuatu keadaan contohnya seperti kita sedang mandi, sedang melipat baju dan sedang makan aiskrim. Minda kita tahu akan perkara yang kita sedang lakukan.

Manakala Minda Separa Sedar (MSS) pula akan melaksanakan tugas sebagaimana yang disampaikan oleh minda sedar (isyarat dari organ deria yang dihantar kepada mata).MSS secara automatik dengan izin ALLAH akan menjana pelbagai idea demi merealisasikan apa yang telah disampaikan oleh minda sedar. Jasad pula kana bertindak bagi melaksanakan perkara yang disampaikan oleh minda separa sedar.

Dalam Konteks melahirkan perasaan mudah amal ibadah harian, 
menjadi matlamat kita agar minda separa sedar dapat menimbulkan perasaan mudah 
amal sekaligus menjadikan kita seorang yang rajin beribadat.
 


Macam mana kita mahu mengaktifkan MSS ini..??
ha di bawah antara cara-caranya..
  •  Berdoa : Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH kerana perkara ini berkaitan dengan roh dan hati. Berdoalah supaya ALLAH sentiasa permudahkan doa kita dan melahirkan perasaan mudah beramal ibadah dalam diri kita sendiri.
  • Bayangan Minda : Pada bila-bila masa sahaja cuba lakukan bayangan minda yang kita menjadi seorang yang sentiasa melakukan perkara  yang disukai oleh ALLAH sahaja. inshaALLAH minda kita akan percaya dengan apa yang kita buat dan sekaligus meransang MSS kita untuk membuat kebaikan.
  • Menulis dan lakukannya!! : cara yang lain pula adalah menulis. Dengan menulis perkara yang kita mahu, kita akan sentiasa ada perasaan ingin melakukan perkara tersebut dan sedikit sebanyak ia akan mendorong kita untuk terus berusaha. Tulis perkara tersebut ditempat yang biasa kita pandang contohnya sebelah cermin dan di pintu bilik. Sebagai penolong dan pengingat kita untuk melakukan kebaikan juga..^_^
  • Latihan baca : apa yang kita tulis tadi tu jangan dipandang sahaja tau..tapi sebaiknya kita baca setiap kali kita pandang..untuk mengingatkan kita akan ibadah yang kita sangat-sangat ingin laksanakan. Moga-moga dengan cara ini InshaALLAH semuanya yang kita harapkan akan berjalan dengan lancar. 
Hal ini akan merangsang dan secara  sengaja membantu otak kita merapatkan jurang antara realiti sekarang. Barangkali ada amalan atau ibadah yang jarang kita lakukan tapi kita amat berharap untuk melakukannya.

disini sahaja untuk kali ini..wassalam..^_^

Saturday, 20 September 2014

Suratul Al Kahfi dan Kelebihannya


               Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  

            Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
                        Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut. 

http://www.quranflash.com/books/Medina1/?en
sila klik ini untuk melihat dan membaca surah Al-Kahfi dan lain-lain surah..^_^

AKU MALU...-feeling incomplete

" AKU MALU "

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.


Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih ku ulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.

Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah menyapu air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..